Catatan Bacaan [1] : Ajari Aku Tentang Cinta karya Adnin Roslan
Review ini adalah perkongsian pengalaman membaca peribadi, bukan ulasan teknikal.
CATATAN BACAAN


📘 Maklumat Buku
Judul: Ajari Aku Tentang Cinta
Penulis: Adnin Roslan
Genre: Islamik
1. Kenapa Saya Membaca Buku Ini
Saya memilih buku ini kerana saya tertarik dengan tajuk dan sinopsis di belakang novel tersebut.
2. Ringkasan Ringkas
Cerita ini berkisar tentang perjalanan hidup seorang lelaki bernama Ishak. Fokus utama novel ini adalah terhadap kehidupan Ishak setelah habis atau graduasi dari sekolah berasrama. Bagaimana Ishak dari seorang yang penuh ilmu agama di dada, bertukar menjadi seorang yang berlainan 180 darjah dari imejnya semasa sekolah berasrama. Bagaimana dia terlibat dengan pelbagai ujian termasuklah konflik cinta, hubungan yang dilarang, serta isu-isu yang mencabar pegangan hidupnya.
3. Pengalaman Membaca Saya
Perkara yang Berkesan:
Ada email yang dihantar Ishak kepada seorang ustaz yang bertanyakan soalan. Ustaz tersebut membalas dengan penjelasan hampir 33 muka surat. Ustaz tersebut menjelaskan kepada Ishak tapi pada masa yang sama, seolah-olah ustaz tersebut sedang bercakap dengan kita juga.
Novel ini memberi mesej yang Hidayah tu milik Allah. Kalau Dia nak beri Hidayah tu kepada hambanya, sekelip mata juga Allah boleh tarik Hidayah tersebut.
Banyak yang saya belajar tentang istilah cinta yang diketengahkan penulis. Kerana skop cinta itu besar, bukan sekadar cinta antara dua insan yang berbeza.
Vibe cerita ni pada saya sedikit slow maybe sebab terlalu banyak penjelasan. Kadang-kadang terasa macam ada campurtangan penulis dalam dialog dan naratif.
Perkara yang Kurang Berkesan:
Sebagai pembaca, ada beberapa bahagian yang saya rasakan kurang mendapat penutup yang memuaskan, terutama dari segi kesinambungan plot.
Antaranya, pada bab awal ada mention pasal kes tangkap basah salah seorang pelajar di tempat Ishak belajar. Isu itu diketengahkan tapi saya tak nampak impaknya pada babak seterusnya.
Seterusnya, cerita dimulakan dengan persahabatan Ishak, Ibrahim dan Ismail tapi watak Ibrahim dan Ismail hilang macam itu sahaja. Saya tak nampak fungsi Ibrahim dan Ismail dalam perjalanan hidup Ishak. Setakat hubungan kawan baik semasa belajar. If kawan baik, sekurang-kurangnya Ibrahim dan Ismail perlu memainkan peranan mereka sebagai kawan baik Ishak.
4. Buku Ini Sesuai Untuk Siapa
Pembaca yang sukakan novel berunsur Islamik dengan mesej dakwah yang jelas
Pembaca yang gemar cerita reflektif dan sarat dengan penjelasan
Pembaca yang ingin memahami makna cinta dari perspektif lebih luas dan spiritual
Tidak sesuai jika anda:
Lebih suka cerita yang bergerak pantas dan fokus pada plot
Kurang gemar novel yang banyak penjelasan dan monolog panjang
5. Penutup
Secara keseluruhan, Ajari Aku Tentang Cinta ialah sebuah novel yang membawa mesej yang besar dan berat tentang hidayah, cinta, dan perjalanan seorang manusia mencari kembali arah hidupnya. Walaupun ada beberapa kelemahan dari segi pacing dan kesinambungan watak, novel ini tetap memberi saya ruang untuk berfikir dan merenung semula makna cinta yang sering disempitkan. Sebagai pembaca, ia mengingatkan saya bahawa cinta bukan sekadar perasaan, tetapi juga ujian dan amanah
Mungkin setiap pembaca akan membawa pulang rasa yang berbeza daripada novel ini. Bagi saya, Ajari Aku Tentang Cinta bukan bacaan yang mahu menghiburkan semata-mata, tetapi bacaan yang mengajak kita berhenti seketika dan berfikir.
Jika kalian pernah membaca novel ini, saya ingin tahu—apa yang tinggal dalam hati kalian selepas menutup halaman terakhirnya?


sumber gambar: google
