pen near black lined paper and eyeglasses

Catatan Bacaan [2] : Bagasi yang Ingin Dilepaskan karya Anna Lee

Review ini adalah perkongsian pengalaman membaca peribadi, bukan ulasan teknikal.

CATATAN BACAAN

Hana Norisa

1/11/20263 min read

sumber: google and mangosteen

person wearing red jacket and blue denim jeans pulling luggage bag while walking on pathway
person wearing red jacket and blue denim jeans pulling luggage bag while walking on pathway
person wearing red jacket and blue denim jeans pulling luggage bag while walking on pathway
person wearing red jacket and blue denim jeans pulling luggage bag while walking on pathway

📘 Maklumat Buku

  • Judul: Bagasi yang Ingin Dilepaskan

  • Penulis: Anna Lee

  • Genre: Road Trip Romance

1. Kenapa Saya Membaca Buku Ini

Saya memilih untuk membaca novel ini tanpa sebab yang terlalu spesifik. Entah bagaimana, setiap buku mempunyai auranya tersendiri — seolah-olah memanggil pembaca tertentu pada waktu tertentu. Ketika saya menarik novel ini keluar dari rak, saya tahu saya sedang mencari sesuatu yang healing.

Pada fasa hidup tersebut, saya sendiri sedang berasa hilang arah. Jadi saya perlukan bacaan yang bukan sekadar hiburan, tetapi mampu menemani dan menenangkan. Dan itulah yang saya harapkan daripada Bagasi yang Ingin Dilepaskan.

2. Ringkasan Ringkas

Novel ini mengisahkan Luna, seorang wanita yang mengembara ke Turkiye untuk memenuhi hajat terakhir sahabat baiknya, Zara. Namun, perjalanan yang sepatutnya bersifat peribadi dan emosional itu bertukar menjadi sesuatu yang jauh lebih kompleks.

Dalam perjalanan ke Turkiye, Luna dikejar oleh penjahat dan terlibat dalam satu insiden yang mempertemukannya dengan watak lelaki utama (ML). Akibat satu kejadian yang tidak dirancang, mereka berdua akhirnya terperangkap dalam sebuah road trip bersama.

Tanpa disedari, Luna juga terheret ke dalam satu kes pembunuhan — menjadikan perjalanan ini bukan sekadar tentang penyembuhan emosi, tetapi juga tentang survival dan kebenaran.

3. Pengalaman Membaca Saya

Perkara yang Berkesan

  • Antara kekuatan utama novel ini ialah cara penulis mengadun jalan cerita. Setiap peristiwa yang berlaku mempunyai sebab dan akibatnya tersendiri. Tiada adegan yang terasa kosong atau dimasukkan secara rawak — semuanya saling berkait dan berfungsi untuk menggerakkan cerita.

  • Pada awalnya, sikap Luna yang misteri dan dingin agak mengundang rasa geram. Ego wataknya terasa tinggi, dan saya sempat berasa kurang selesa dengannya. Namun, apabila latar belakang dan sebab di sebalik tindakannya didedahkan, perspektif saya terus berubah. Rasa “menyampah” itu bertukar menjadi faham.

  • Isu keluarga Luna juga meninggalkan kesan. Secara peribadi, saya merasakan sebagai sebuah keluarga, mereka sepatutnya mendengar penjelasan Luna terlebih dahulu — bukannya membuat kesimpulan sendiri dan menghukumnya tanpa memberi ruang untuk membela diri. Lebih menyedihkan apabila orang luar yang perlu menjelaskan perkara sebenar sebelum mereka sedar akan kesilapan sendiri.

  • Persahabatan antara Luna dan Zara pula sangat menyentuh hati. Luna sanggup terbang ke Turkiye semata-mata untuk menunaikan permintaan sahabatnya, tanpa banyak soal. Malah, dia tidak pun bertanya mengapa Zara begitu bersungguh mahu mendapatkan tandatangan seorang penulis dari Turkiye. Disangka penulis biasa-biasa, rupanya… aigooo, ada sejarah tersendiri di situ.

Perkara yang Kurang Berkesan

  • Saya menghargai usaha penulis menyelitkan quote berunsur healing dalam novel ini. Namun, pada beberapa bahagian, dialog yang terlalu puitis membuatkan saya tertanya-tanya — adakah benar wujud manusia yang bercakap seindah itu dalam setiap ayat?

  • Secara jujurnya, pada beberapa ketika saya berasa sedikit cringe. Mungkin jika dikurangkan sedikit atau diletakkan pada momen tertentu sahaja, kesannya akan jadi lebih kuat.

  • Selain itu, elemen pengembaraan dalam novel ini sebenarnya menarik, tetapi penglibatan Luna terasa agak minimal. Dia seolah-olah sentiasa dilindungi, dengan watak Mateen sering muncul untuk menyelamatkan keadaan. Saya berpendapat cerita ini akan menjadi lebih menarik sekiranya Luna terlibat lebih aktif dan mendalam dalam konflik serta bahaya yang berlaku.

4. Buku Ini Sesuai Untuk Siapa?

Novel ini sesuai untuk:

  • Pembaca yang sukakan kisah road trip dengan sentuhan romantik dan misteri

  • Mereka yang mencari bacaan ringan tetapi emosional, dengan elemen healing

  • Pembaca yang gemar kisah persahabatan dan konflik dalaman watak

Buku Ini Mungkin Tidak Sesuai Untuk:

  • Pembaca yang kurang selesa dengan dialog puitis yang kerap

  • Mereka yang mengharapkan watak wanita yang sangat dominan dalam aksi dan konflik

  • Pembaca yang lebih gemar cerita aksi berat tanpa elemen emosi yang panjang

6. Penutup

Secara keseluruhan, Bagasi yang Ingin Dilepaskan ialah sebuah novel yang menyentuh isu kehilangan, persahabatan, dan proses melepaskan masa lalu dengan cara yang lembut. Walaupun ada beberapa perkara yang kurang berkesan bagi saya secara peribadi, pengalaman membacanya tetap bermakna — terutamanya ketika dibaca pada fasa hidup yang memerlukan ketenangan.

Ini bukan sekadar kisah perjalanan fizikal merentas negara, tetapi juga perjalanan emosi untuk berdamai dengan diri sendiri.

Jika kalian pernah membaca novel ini, saya ingin tahu—apa yang tinggal dalam hati kalian selepas menutup halaman terakhirnya?