







Pada tahun 2014, saya menyertai Pertandingan Top Novelis MPH dan alhamdulillah, saya tersenarai dalam Top 10. Detik itu menjadi pencetus untuk saya terus menulis dan berkongsi karya.




Perjalanan saya bermula di portal Penulisan2u, di mana saya bertemu ramai penulis baharu yang berkongsi semangat yang sama. Melihat mereka berani mencuba dan menerbitkan karya membuatkan saya terinspirasi. Saya mulakan dengan menulis cerpen, dan apabila menerima maklum balas positif daripada pembaca, keyakinan saya semakin meningkat. Dari situlah saya memberanikan diri menulis novel.


Sejak 2020, saya mula mengulas buku secara serius, bekerjasama dengan penerbit seperti PTS Publication dan Biblio Press, membantu pembaca memilih bacaan berkualiti.
Sekarang, saya juga menawarkan servis beta reading, memberi maklum balas terhadap manuskrip sebelum ia dihantar kepada penerbit.


Melalui novel, blog, video, dan komuniti penulisan, saya berkongsi pengalaman serta pelajaran tentang bagaimana untuk memulakan, mengembangkan, dan menamatkan sebuah manuskrip, seterusnya mempersiapkannya untuk dihantar kepada penerbit.


Prinsip saya mudah β Tulis Sampai Jadi. Saya percaya setiap orang ada cerita yang patut ditulis, walaupun ia hanya bermula dengan satu ayat.
Saya juga pernah tersadung di tengah jalan, membuat kesilapan, membuang masa, dan hampir berputus asa. Tetapi setiap kali saya bangkit semula, saya belajar sesuatu yang berharga. Dan semua itu saya kongsikan di sini, supaya anda tak perlu lalui jalan yang sama.


Kalau anda ada impian untuk menulis, mari kita mulakan perjalanan ini bersama-sama. Kita tulis sampai jadi.


Assalamualaikum! Saya Hana Norisa, seorang penulis dari Malaysia yang jatuh cinta dengan dunia penulisan, terutamanya novel bergenre fantasi, misteri, dan romantik. Minat ini bermula sebagai satu cara untuk melarikan diri daripada realiti seketika, tetapi lama-kelamaan ia berubah menjadi satu misi β membantu penulis baharu menyiapkan manuskrip mereka, terutamanya bagi mereka yang bekerja sepenuh masa.
Kalau anda pernah rasa teringin menulis tetapi tak tahu nak mula dari mana, atau selalu terbantut di tengah jalan, percayalah⦠saya faham perasaan itu. Saya pernah berada di tempat anda sekarang.
Hana Norisa β Penulis Malaysia yang Berkongsi Tips Penulisan & Motivasi Menulis
Dapatkan cerita di sebalik proses penulisan, inspirasi, dan sneak peek karya saya terus ke inbox anda. Kongsikan e-mel anda di bawah untuk subscribe Tulis Sampai Jadi Jurnal!


Saya ingin mengenali anda! Jika anda seorang penulis, pembaca, atau pencinta buku, jangan segan untuk berinteraksi dengan saya di media sosial.
π§ Email: hananorisa@gmail.com
π· Instagram: iamhananorisa
πΊ YouTube: iamhananorisa
π Facebook: iamhananorisa
Jangan lupa untuk melanggan newsletter saya bagi mendapatkan tip penulisan, ulasan buku, dan berita terkini terus ke inbox anda!
Tinggalkan e-mel anda di bawah! Dan terima kasih kerana sudi melawat laman sesawang ini!

