

Setiap buku saya mengandungi cerita, watak, dan emosi yang lahir daripada pengalaman dan imaginasi. Sama ada anda mencari kisah cinta, konflik keluarga, atau perjalanan mengenal diri, semoga ada karya yang menyentuh hati anda di sini.


Terbitan 2023
PASTI ADA KAMU
YASMIN HUMAIRA, menutup pintu hati untuk mempercayai dan mencintai setelah cintanya bersambut dengan pengkhianatan. Dia mengajar dirinya menjadi sedingin ais bila melibatkan percaya dan cinta. Anehnya, dia merupakan seorang editor novel cinta.
“Kenal tak menjadi tiket untuk aku percayakan dia.” - Yasmin
NOAH KANG, memilih untuk kembali ke Malaysia setelah hatinya dikecewakan. Sakit hatinya membuatkan dia tidak berani mengangkat pena walaupun dia sangat suka menulis. Menulis pernah menjadi escapism untuk dirinya.
“Tiada tapi. Berhenti gunakan saya sebagai inspirasi. Saya harap ini adalah karya terakhir yang awak gunakan saya sebagai inspirasi. Jangan ada lagi seperti ni. Saya tak suka dan saya bencikannya.” - Iseul
Meminta bantuan dari orang yang dikenali, bukanlah sikap yang ada pada Yasmin, apatah lagi dari orang asing. Insiden yang berlaku membuatkan dia terpaksa menyambut huluran pertolongan yang ditawarkan Noah.
Yasmin enggan membenarkan hatinya untuk mempercayai. Penolakan Yasmin untuk mempercayai membuatkan Noah sedar akan kesilapannya.
Mampukah kebaikan Noah mengembalikan rasa percaya dalam diri Yasmin untuk mula mencintai? Mampukah Noah mengangkat pena untuk kembali menulis semata-mata kerana Yasmin?


Gere: Novel romantis-drama kontemporari Malaysia, dengan sentuhan isu kehidupan sebenar seperti trauma keluarga, konflik kerjaya, dan pencarian cinta sejati.
Dapatkan cerita di sebalik proses penulisan, inspirasi, dan sneak peek karya saya terus ke inbox anda. Kongsikan e-mel anda di bawah untuk subscribe Tulis Sampai Jadi Jurnal!


Saya ingin mengenali anda! Jika anda seorang penulis, pembaca, atau pencinta buku, jangan segan untuk berinteraksi dengan saya di media sosial.
📧 Email: hananorisa@gmail.com
📷 Instagram: iamhananorisa
📺 YouTube: iamhananorisa
📖 Facebook: iamhananorisa
Jangan lupa untuk melanggan newsletter saya bagi mendapatkan tip penulisan, ulasan buku, dan berita terkini terus ke inbox anda!
Tinggalkan e-mel anda di bawah! Dan terima kasih kerana sudi melawat laman sesawang ini!