
Menulis buku hanyalah satu bahagian daripada hidup saya sebagai penulis. Ada masa saya mahu menyelami manuskrip orang lain, membantu mereka melalui bacaan beta. Ada masa saya mahu berkongsi pandangan tentang buku yang saya baca. Dan ada masa saya mahu menulis nota kecil berisi tips untuk penulis yang baru bermula. Halaman ini wujud untuk menampung semua sisi kecil itu, sisi yang mungkin nampak ringkas, tetapi sangat dekat dengan hati saya.






Menulis bagi saya bukan sekadar menghasilkan cerita, tetapi ruang untuk terus hadir walaupun hari terasa panjang. Di sini, saya berkongsi pengalaman menulis selepas waktu kerja, proses yang tidak selalu kemas, dan usaha kecil untuk kekal jujur dengan kata.
Perkongsian ini lahir daripada hari-hari biasa. Hari pulang lewat. Hari yang hanya sempat menulis satu ayat. Hari yang penat, tetapi masih mahu mencatat sesuatu.
Di ruang ini, anda akan temui:
Catatan Menulis - Tentang proses menulis yang perlahan, mengatasi kebuntuan, dan menerima ketidaksempurnaan dalam karya.
Refleksi Penulis - Renungan kecil tentang emosi, keraguan, dan perjalanan menulis di samping komitmen hidup.
Bacaan & Inspirasi - Buku, petikan, dan cerita yang menemani hari panjang serta memberi ruang untuk berfikir.
Perjalanan Peribadi
Catatan jatuh bangun saya sebagai penulis yang belajar menulis mengikut kemampuan diri.
Jika anda juga menulis selepas kerja, menulis bila sempat, atau sekadar mencari teman untuk duduk bersama kata, ruang ini dicipta untuk anda.
dapatkan catatan dan perkongsian tentang menulis di celah hidup yang sibuk


catatan membaca untuk hari yang panjang
Blog ini bukan tempat ulasan buku yang teknikal atau terlalu teratur. Ia lahir daripada kebiasaan membaca di hujung hari, bila fikiran masih penuh dan hati perlukan teman.
Saya menulis tentang pengalaman membaca secara peribadi. Tentang buku yang menemani hari sibuk. Tentang cerita yang terasa perlahan, berat, atau diam-diam tinggal di hati. Kadang-kadang bukan tentang suka atau tidak, tetapi tentang apa yang buku itu buat kepada saya ketika membacanya.
Di sini, saya berkongsi catatan membaca yang bebas. Ada masanya seperti jurnal. Ada masanya seperti teman berbual. Tidak semua buku sesuai untuk semua orang, dan catatan ini ditulis untuk membantu anda mengenali selera sendiri
Jika anda membaca bukan untuk mengejar senarai, tetapi untuk menemani hidup yang sibuk, ruang ini mungkin sesuai untuk anda.
Sebahagian perkongsian ini juga hadir dalam bentuk video di YouTube, untuk sesi membaca bersama, perbualan santai, dan catatan visual yang lebih perlahan.




maklum balas jujur dengan empati
Ada masanya manuskrip tidak perlukan pembetulan besar. Ia hanya perlukan seseorang untuk membaca dengan tenang dan jujur, sebagai pembaca sebenar.
Sebagai pembaca beta, saya membaca manuskrip anda dengan fokus kepada pengalaman membaca. Sama ada ceritanya mengalir, wataknya terasa hidup, emosinya sampai, dan sama ada pembaca mahu terus membaca atau berhenti di tengah jalan.
Maklum balas yang saya berikan bersifat membina dan berempati. Bukan untuk menghakimi, tetapi untuk membantu anda melihat karya dari sudut pandang pembaca.
Saya menerima manuskrip fiksyen terpilih seperti romance, contemporary fiction, young adult, fantasy dan thriller yang ringan. Saya tidak menerima manuskrip non fiksyen, horror berat atau erotika.
Jika anda sedang menulis di celah kesibukan dan perlukan mata kedua yang memahami proses, anda boleh hubungi saya melalui media sosial.
Di sini, saya menulis tentang proses, persoalan, dan renungan yang lahir sebelum sebuah buku menjadi buku termasuk catatan membaca, perjalanan menulis, dan perkara-perkara kecil yang sering terlepas pandang.
Jika kalian suka membaca dengan perlahan dan menikmati proses di sebalik kata-kata, mungkin ruang ini untuk kalian.

Ikuti laman sosial saya:
📧 Email: hananorisa@gmail.com
📷 Instagram: iamhananorisa
📺 YouTube: iamhananorisa
📖 Facebook: iamhananorisa
